Monday 12 September 2016

       DUB2012 : NILAI MASYARAKAT                                            MALAYSIA

             TAJUK :- PATRIOTISME



LECTURE : PN.SITI AISHAH BINTI OTHMAN


AHLI KUMPULAN :


NO
NAME 
NO.MATRIX
 1)
HARSHINI A/P MAGENTRERAN
16DKA15F2016
 2)
SHARANI A/P AANCHINEYAR
16DKA15F2028
 3)
YAASHVINI A/P RATNAM
16DKA15F2031
PATRIOTISME
           
                      
Patriotisme yang seringkali dikaitkan dengan cintakan watan adalah satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Antara faktor yang menyumbang kepada kebejatan sosial dalam masyarakat mutakhir ini ialah akibat lunturnya semangat patriotisme yang dihayati khususnya generasi muda. Maka, nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, sangat wajar khususnya generasi muda menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. Kekurangan penghayatan nilai-nilai patriotisme akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa kepada pelbagai penyakit sosial. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai konsep patriotisme, senario yang berlaku di Malaysia, halangan yang boleh menganggu-gugat penyuburan semangat patriotisme dan cadangan penyelesaian yang boleh dikemukakan dalam mengukuhkan lagi semangat patriotisme khususnya di kalangan generasi muda.



PENGENALAN



Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Namun, mutakhir ini, semangat patriotisme kelihatan agak longgar di kalangan masyarakat khususnya di kalangan pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putih dan penambakan laut oleh negara jiran.Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak memahami nilai-nilai patriotisme dan menghayatinya.
KONSEP PATRIOTISME

Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermaksud fellow countrymen, iaitu rakan senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country, iaitu tanah air atau negara. Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air. Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara.Patriot juga bererti orang yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa saja demi untuknya.Patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni. Ianya juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh yang kuat terhadap tingkahlaku manusia. Ianya sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi: 2003). Manakala Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau, tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk pun boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara. Bagi Doob (1964), beliau menjelaskan patriotisme itu ialah 'as the more or less conscious conviction of a person that his own welfare and that of the significant groups to which he belongs are dependent upon the preservation or expansion (or both) of the power and culture of his society'. 

Dalam dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting sekali seperti yang sering disebut iaitu kasihkan watan itu sebahagian daripada iman. Syeikh Daud Abdullah al-Fatani, seorang ulama besar Patani pernah mengingatkan bahawa mempertahankan negara daripada penjajahan ataupun tekanan kuasa asing (khususnya kafir harbi) adalah fardu ain. Tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin kita dapat bertahan.Walaupun patriotisme adakalanya diseiringkan dan disamakan dengan nasionalisme, tetapi keduaduanya mempunyai kelainan (Saifuddin Abdullah: 2002). Haruslah dinyatakan secara jelas bahawa disebabkan ciri-ciri, sifat nasionalisme itu sendiri adalah berbagai-bagai, manakala fenomena nasionalisme pula boleh muncul dengan rupa bentuk yang sama sekali berlainan, atas sebab dan faktor yang juga berbeza, maka menyamakan konsep patriotisme dengan nasionalisme adalah satu langkah yang kurang tepat dari segi keilmuannya (Mohamed Mustafa Ishak: 2000). Menurut Doob (1964), perbezaan antara nasionalisme dan patriotisme, nasionalisme ialah ideologi tentang kelebihan bangsa sendiri dan berkait rapat dengan unsur-unsur ras, bahasa dan adat. Manakala patriotisme ialah sentimen cintakan negara dan berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara, institusi politik dan undang-undang daripada dicerobohi oleh kuasa asing.



  • Berbangga sebagai rakyat Malaysia - berakhlak dan berbudi pekerti mulia - menghormati raja dan pemimpin negara - menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara) 3 - menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara - menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.
  • Bersemangat setia negara - cintakan bangsa dan negara - taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara - sedia berkorban untuk bangsa dan negara - bertanggungjawab kepada bangsa dan negara - berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara - peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.
  • Bersemangat kekitaan - bersatupadu dan berharmoni - bertolak ansur dan bertoleransi - bekerjasama dan tolong-menolong - hormat-menghormati - bersefahaman dan bermuafakat - muhibah.
  • Berdisplin - mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara - mematuhi peraturan dan undang-undang - berkelakuan sopan dan bertatasusila - bertanggungjawab - bertindak dengan wajar - bersifat amanah dan jujur - berlaku adil dan bertimbang rasa.
  • Berusaha dan produktif - rajin dan gigih - berdikari - sentiasa mempertingkatkan usaha - tabah menghadapi cabaran - menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara.

SENARIO PATRIOTISME

Image result for PATRIOTISME




Senario Patriotisme di Malaysia Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai patriotisme telah bermula sejak daripada sekolah rendah. Menurut Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan: 1994), nilai-nilai patriotisme perlu diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu, subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Kajian Tempatan dan lain-lain subjek sekolah rendah, perlu diterapkan nilai-nilai patriotisme yang disepadukan melalui topik yang diajar. Begitu juga melalui ko-kurikulum seperti aktiviti sukan, lawatan sambil belajar dan sebagainya. Manakala di peringkat menengah pula, penerapan nilai-nilai patriotisme dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi, Pendidikan Islam dan subjek-subjek yang lain. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses pendidikan selama 13 tahun, ternyata penghayatan semangat patriotisme di kalangan pelajar masih longgar dan berada pada tahap sederhana (Rizal Uzir: 2002). Bagi Wan Zahid (1993) pula, bangsa dan negara yang kuat serta mulia tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya yang bercorak kebendaan dan teknologi. Maka negara harus membina kekuatan di atas asas budaya, ilmu pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat tanggungjawab dan pengorbanan diri yang tinggi. Maka, nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Justeru, wajar para pelajar terutamanya di peringkat menengah menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan.

Kekurangan penghayatan nilai-nilai patriotisme akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa kepada pelbagai penyakit sosial. Generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat setia dan patriotisme dan tidak melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa dan negara. Sikap berpuak-puak dan bermusuhan sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme. Oleh itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri semata-mata, kepentingan negara hendaklah diambil kira bersama kerana kepentingan negara akan membawa kebaikan yang lebih baik kepada diri sendiri. Sewajarnya nilai-nilai patriotisme perlu ditanam dalam jiwa remaja kerana pada peringkat ini remaja masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme dapat mengajar remaja mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang utuh akan membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Negara memerlukan generasi yang berdisiplin dan produktif kerana ia menjadi kemudi pembangunan dan kepimpinan negara pada masa akan datang (Mahathir dan Belia; dalam Saifuddin: 2002). Kenyataan mantan Perdana Menteri ini memperlihatkan betapa pentingnya nilai-nilai patriotisme itu dipupuk dalam jiwa setiap rakyat Malaysia agar tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur asing yang mempamerkan acuan lain di luar ciri-ciri Malaysia. Nilai-nilai patriotisme ini juga penting dalam melahirkan warganegara yang cintakan negara, aktif dan produktif di dalam pembangunan negara.

Kesedaran betapa pentingnya nilai-nilai patriotisme dilihat juga daripada bermacam-macam usaha yang diambil oleh agensi lain dari sektor pendidikan non formal dan juga dari sektor di luar pendidikan seperti Kementerian Belia dan Sukan. Kerajaan dan ibu bapa melihat nilai-nilai patriotisme penting bagi semua anggota masyarakat lebihlebih lagi bagi golongan yang bakal menjadi pemimpin negara. Kepentingan patriotisme dihubungkaitkan dengan kesedaran bahawa belia-belia perlu disediakan dengan pendidikan formal dan tidak formal yang boleh membantu mereka menyediakan diri untuk menjalani hidup sebagai warganegara yang baik, produktif, bermoral, berdisiplin, bertanggungjawab dan seterusnya mempertahankan negara (Robiah dan Zahara: 1992). Golongan pelajar adalah satu golongan yang besar. Apabila dihalusi, istilah besar ini membawa erti yang luas jika diambilkira bahawa golongan ini juga adalah golongan yang paling berpengaruh kerana pelajarlah yang mewakili masa depan negara. Identiti negara dan penerus budayanya adalah dicorakkan oleh pelajar hari ini. Dalam pada itu, golongan pelajar merupakan golongan yang senang dipengaruhi dan mudah dicabar. Dalam keadaan masyarakat yang sedang bergolak menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan yang begitu besar, pelajar begitu mudah dipengaruhi dan memerlukan bimbingan tertentu. Tanpa bimbingan mereka senang menjadi sasaran bermacam-macam unsur negatif yang sudah pasti timbul selari dengan perubahan yang berlaku. Tanda-tanda ini telah banyak kelihatan, yang ketara ialah tingkahlaku yang bercorak jenayah, penyalahgunaan dadah, bersikap mengagungkan nilai-nilai luaran dan memandang rendah unsur-unsur dalam negara, bersikap tidak apa dan lain-lain.

HALANGAN DAN CABARAN

Image result for PATRIOTISME

Halangan dan Cabaran Dalam Penyemaian Patriotisme di Malaysia Terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha menyemai dan menyubur semangat patriotisme di kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum atau masyarakat majmuk. Pertama ialah nilai-nilai individualisme. Sikap ini merujuk kepada mementingkan diri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat. Mereka yang mengamalkan sikap ini akan berusaha agar diri mereka didahulukan dari kepentingan negara jika berlaku sesuatu hal seperti negara mengalami kegawatan ekonomi atau berada dalam peperangan, maka mereka akan melarikan diri ke 6 negara lain. Sikap ini semakin merebak dalam masyarakat yang boleh ditandai melalui perkembangan sikap ‘individu autonomi' atau individu berdaulat. Kedua ialah, era globalisasi dan liberalisme. Era globaliasi dan liberalisme merujuk kepada negara tanpa sempadan, perdagangan bebas, kemasukan budaya asing dengan mudah dan sebagainya. Situasi ini akan melahirkan masyarakat yang bebas, mudah terpengaruh dengan budaya asing yang negatif, ekonomi negara dikuasai oleh syarikat multinasional dan sektor pelaburan dimonopoli oleh negara maju.

Akibatnya, kedaulatan negara akan tergugat dan masyarakat akan terikut dengan budaya asing dan seterusnya, semangat cintakan negara akan terkubur. Inilah yang dibimbangi oleh Perdana Menteri iaitu globalisasi menyebabkan negara menjadi hanya sebuah daerah dunia, dan pada ketika itu sukar untuk memupuk semangat patriotisme pada sebuah negara yang tidak wujud lagi. Ketiga ialah sikap prasangka. Ia merupakan tindakan menyangka dahulu berasaskan generalisasigeneralisasi umum (steriotaip) tanpa bukti yang kukuh dan biasanya merupakan sangkaan buruk. Jika ini telah menjadi steriotaip, ia akan sukar diubah walaupun ada bukti untuk menafikannya. Sebagi contoh, jika masyarakat bukan Melayu menganggap Malaysia adalah tanah air bagi masyarkat Melayu dan bukan Melayu sebagai pendatang, maka ia akan menyebabkan semangat patriotisme itu sukar untuk disemai dalam diri masyarakat bukan Melayu. Ini ditambah lagi dengan masyarakat berbilang kaum di mana sifat prasangka antara kaum masih lagi dijiwai oleh rakyat. Keempat ialah sentimen perkauman, Ia merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri. Fenomena ini wujud dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di mana setiap kumpulan etnik akan mementingkan kumpulannya sahaja. Ini ditambah lagi dengan pemisahan fizikal tempat kediaman, perbezaan sosio-ekonomi di kalangan kaum dan perbezaan budaya pula ditonjolkan dalam setiap kehidupan. Keadaan ini akan membawa kepada perjuangan kepentingan kaum dari kepentingan negara. Dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan, isu patriotisme lebih mencabar kerana unsur keturunan dan agama boleh mempengaruhi jiwa dan idealisme seseorang. Ini kerana mereka akan menjaga survival diri dan kelompoknya sahaja tanpa mengutamakan kepentingan bangsa dan negara.


CADANGAN

Cadangan Penyelesaian Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyedari bahawa patriotisme penting dalam ketahanan nasional bagi menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam atau luar negara. Kerajaan perlu menjadikan patiotisme sebagai agenda negara kerana patriotisme adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan pembinaan bangsa bermaruah. Justeru, beberapa aspek perlu diberikan penekanan yang sewajarnya. Pertamanya melalui pendidikan. Semangat patriotisme ini mampu disuburkan melalui pendidikan sejarah, sivik dan kenegaraan Malaysia. Perbincangannya perlu diperluaskan lagi dengan menekankan kepada perkembangan dan sumbangan tokoh-tokoh dalam membebaskan tanah air dari penjajahan dan membangunkan negara. Sebagai contoh, para pelajar perlu didedahkan dengan lebih serius sejarah perjuangan menentang penjajah dan penceroboh seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Tengku Menteri (Ngah lbrahim), Long Jaafar, Leftenan Adnan Saidi, Panglima Salleh Selempang Merah, Syed Syeikh al-Hadi dan Datuk Onn Jaafar untuk melahirkan semangat patriotisme untuk anak bangsa kini. Kor Setia Negara juga perlu diwujudkan di setiap sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kerana ia boleh digunakan sebagai landasan untuk memperkenalkan asas-asas patriotisme dan memperkukuhkan Program Khidmat Negara dalam jangka panjang. 

Manakala aktiviti ko-kurikulum daripada peringkat sekolah hingga IPT juga harus menerapkan unsur-unsur patriotisme dalam setiap program dan agenda. Kedua menerusi kegiatan belia. Ini boleh dilakukan melalui program Rakan Muda dan yang utamanya golongan belia bukan Melayu digalakkan menyertai pasukan tentera dan polis serta lain-lain pertubuhan yang bersifat patriotik. Berdasarkan statistik, sehingga kini daripada lebih 51,000 anggota Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (sukarelawan), hanya 8.8 peratus Cina, 6.6 peratus India dan 6.6 peratus lagi lain-lain kaum. Melalui seminar atau kursus perhimpunan patriotik belia, proses pembangunan negara dan seumpamanya perlu disemarakkan lagi agar program yang dianjurkan dapat menusuk ke dalam kalbu sehingga menggerakkan jiwa golongan belia menghayati semangat patriotisme ini.

REMAJA DAN PATRIOTISME
Bertitik tolak daripada kerisauan ini, kami di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir melakukan satu kajian bagi melihat dan mendalami sejauh manakah tahap patriotisme dalam kalangan belia Malaysia. Malangnya, dapatan yang kami peroleh amat menakutkan. Sehingga kami terfikir, masih wujudkah lagi kemerdekaan negara kita dalam tempoh 50 tahun mendatang ini. Tidak boleh tidak, setiap kali munculnya bulan Ogos, isu berkaitan semangat patriotisme sering kali menjadi bualan masyarakat Malaysia. Patriotisme sering kali dikaitkan dengan cintakan watan yang menjadi satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. Selain itu, patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme dan kedua-dua istilah ini sering ditukar ganti penggunaannya seolah-olah sinonim dengan satu sama lain. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air adalah contoh tipikal bagi patriotisme yang aulia atau ekstrem. Walaupun patriotisme sering disamakan dengan nasionalisme, tetapi kedua-duanya ada perbezaan. Semangat patriotik dapat disimpulkan sebagai roh atau kumpulan orang yang mempunyai pendapat yang sama dalam mengekalkan dan melindungi negara tercinta. Nasionalisme wujud selepas patriotisme dibina dalam jiwa setiap individu dalam masyarakat itu. Ia wujud selepas beransur-ansur penjanaan nilai-nilai positif patriotik dalam individu untuk mempertahankan semangat nasionalisme.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/6611

KESIMPULAN

Image result for PATRIOTISME

Kesimpulan Agenda patriotisme perlu disemarakkan di kalangan rakyat Malaysia dan bukan hanya bermusim. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa, maka tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu dihayati kerana ia adalah teras kepada pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi kini, kita perlu bergerak maju dan pada masa yang sama menghapuskan saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan bangsa Malaysia akan terus maju dengan semangat patriotisme sejati.



SUMBER DAN BACAAN LANJUT


Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Alasdair MacIntyre, 'Is Patriotism a Virtue?', in: R. Beiner (ed.), Theorizing Citizenship, 1995, State University of New York Press, pp. 209 - 228.
Joshua Cohen and Martha C. Nussbaum, For Love of Country: Debating the Limits of Patriotism, Beacon Press, 1996. ISBN 0-8070-4313-3.
Jürgen Habermas, “Appendix II: Citizenship and National Identity,” in Between Facts and Norms: Contributions to a Discourse Theory of Law and Democracy, trans. William Rehg, MIT Press, 1996.
Maurizio Viroli, For Love of Country: An Essay on Patriotism and Nationalism, Oxford University Press, 1997. ISBN 0-19-829358-5.
Daniel Bar-Tal and Ervin Staub, Patriotism, Wadsworth Publishing, 1999. ISBN 0-8304-1410-X.
Charles Blattberg, From Pluralist to Patriotic Politics: Putting Practice First, Oxford University Press, 2000. ISBN 0-19-829688-6.
Igor Primoratz, ed., Patriotism, Humanity Books, 2002. ISBN 1-57392-955-7.
Paul Gomberg, “Patriotism is Like Racism,” in Igor Primoratz, ed., Patriotism, Humanity Books, 2002, pp. 105-112. ISBN 1-57392-955-7.
Craig Calhoun, Is it Time to Be Postnational?, in Ethnicity, Nationalism, and Minority Rights, (eds.) Stephen May, Tariq Modood and Judith Squires. Cambridge: Cambridge UP, 2004. pp 231-256. Online at www.ssrc.org.
George Orwell, “Notes on Nationalism,” in England Your England and Other Essays